https://teaberry2020.wordpress.com/

Coffee House News.
https://www.facebook.com/110391597042479/posts/406323150782654/
*UMNO minta maaf, PAS dan Bersatu sokong MB UMNO.*
Zahid Hamidi minta maaf bagi pihak ADUN UMNO yang buat undi percaya gagal kepada bekas MB Perak dari Bersatu. DAP gagal hasut UMNO keluar MN dan PN. Satu lagi kemenangan moral buat Perikatan Nasional, walaupun Pakatan Harapan sedang cuba desak YDP Tuan Speaker untuk meluluskan usul undi tak percaya kepada TSMY.
*Kerajaan PN Perak gagal ditumbangkan DAP?*
Pakatan Harapan sebenarnya hanya mempunyai 28 ADUN sahaja dari 59 jumlah kerusi DUN Perak, iaitu DAP 18, Amanah 6 dan PKR 4 kerusi DUN. Manakala kerusi DUN PN ada 31 kerusi ADUN, iaitu BN 27, PAS 3 dan Bersatu 1 kerusi DUN pada PRU 14. Pada Mac 2020, 2 ADUN DAP dari Tronoh dan Buntong serta 1 ADUN Amanah dari Titi Serong, telah keluar parti dan menjadi wakil Bebas pro PN. Dengan hanya 25 kerusi DUN, DAP Perak begitu terdesak membuat sidang media Pakatan Harapan kononnya mereka telah berjaya tumbangkan kerajaan negeri Perak. Apa yang berlaku hanyalah undi percaya yang gagal, hanya untuk menukar MB Perak. MB Perak juga pasti tidak akan mencadangkan pembubaran Exco dan DUN kepada DYMM Sultan Perak. DAP hanya membuat propaganda seperti mana PKR membuat propaganda “numbers”, kononnya kerajaan PN telah tumbang. Ini semua hanyalah strategi PH untuk menunjukkan kononnya Pakatan Harapan masih relevan di mata rakyat.
*Habis tu apa yang Nga Kor Ming DAP Perak pertikai keabsahan TSMY dalam sidang media PH Perak?*
DAP begitu terdesak kerana tahu rakannya PKR akan kehilangan 26 kerusi Parlimen, jika PN tidak di tumbangkan sebelum PRU 15. Begitu juga dengan Amanah dan DAP sendiri yang atas kertas bakal kehilangan beberapa kerusi pada PRU 15. Sebenarnya tidak timbul langsung isu keabsahan TSMY sebagai PM, sejak dari tarikh 13 Julai 2020. Usul belah bahagi untuk mengosongkan kerusi YDP Dewan Rakyat, yang telah dibawa oleh TSMY sendiri, telah berjaya mendapat sebanyak 112 undi jika termasuk Ahli Parlimen Kota Marudu dari GRS Sabah yang tidak dapat hadir. Pakatan Harapan hanya memperoleh sebanyak 109 undi untuk menentang usul belah bahagi tersebut, tidak termasuk undi Timbalan Speaker iaitu Ahli Parlimen Batu Pahat dari PKR Johor. PN juga telah memenangi ssbanyak 10-0 undi di peringkat Bajet Jawatankuasa Kementerian di Parlimen dan mencatat jumlah 110 undi tertinggi. 2 lagi kekurangan undi adalah kerana kematian 2 Ahli Parlimen PN.
*Betul ke kerajaan PN negeri Johor, Kedah dan Sabah akan tumbang?*
Johor mempunyai sebanyak 56 kerusi DUN. PRU 14 lalu, PH memperolehi sebanyak 36 kerusi DUN, BN 19 dan PAS 1 kerusi. Dalam 36 kerusi DUN PH, DAP mempunyai 14 kerusi, Amanah 9, Bersatu 8 dan PKR 5. Selepas kerajaan PN terbentuk, 8 kerusi DUN Bersatu telah keluar dari blok Pakatan Harapan, menjadikan baki hanya 28 kerusi DUN sahaja, lalu menjadikan kerusi DUN Johor seri diantara blok PN 28 kerusi dan blok PH juga 28 kerusi. ADUN PKR N3 Pemanis (P141) Dr. Chong Fat Full telah keluar parti dan menjadi wakil Bebas mesra PN. Beliau sedar semasa PRU 14, PKR hanya menang tipis iaitu sebanyak 37.2% undi, manakala BN-Gerakan pula sebanyak 35.6% undi, dan PAS hanya 9.6% undi. Jika PAS memberi laluan kepada BN-Gerakan pada PRU 15, maka hampir pasti kerusi PKR akan tumbang. Maka kedudukan kerusi DUN negeri Johor menjadi 29 kerusi, manakala PH hanya 27 kerusi DUN. Jika undi Ahli Parlimen Pulai Salahuddin Ayub yang tidak mengundi semasa peralihan kuasa yang lalu, dikira sekalipun, PN masih berkedudukan lebih satu kerusi DUN. Kecuali Speaker DUN Suhaizan Kalat dari parti Amanah, mengundi blok Pakatan Harapan, maka kedudukan akan menjadi seri iaitu 28 PH dan juga 28 di blok PN. Maka DYMM Sultan Johor pastinya akan memihak kepada blok PN tanpa membubarkan DUN atau Exco.
Di Kedah juga asalnya kerusi DUN PN dan PH adalah seri dengan 18 kerusi DUN masing-masing ketika PRU 14. PAS dan BN dengan 15 dan 3 kerusi masing-masing. Manakala PKR 8, Bersatu 5, Amanah 3 dan DAP 2 kerusi DUN. 2 ADUN PKR iaitu dari DUN Lunas Azman Nasrudin dan DUN Sidam Dr Robert Ling Kui Ee bertindak keluar parti, menjadikan kedudukan kerusi DUN PN sebanyak 20 kerusi dan blok PH 16 kerusi DUN sahaja.
Di Sabah pula dari jumlah 60 kerusi DUN, BN memenangi sebanyak 29 kerusi, Warisan 21, PH 8, dan STAR 2 kerusi DUN. Blok PH terdiri dari DAP 6 dan PKR 2 kerusi. Pakatan Harapan memerintah Sabah selepas PRU 14, selepas 21 kerusi Warisan bergabung dengan 8 kerusi PH, serta 2 kerusi STAR yang pro PH, menjadikan jumlah 31 kerusi DUN Pakatan Harapan. Selepas 13 DUN Sabah ditambah, menjadikan jumlah semua 73 DUN. Warisan memohon kepada YDP untuk membubarkan DUN untuk menjalankan PRN, namun Warisan Plus gagal membentuk kerajaan negeri apabila tewas kepada gabungan diantara PN, BN dan Parti Bersatu Sabah iaitu GRS dengan 38 kerusi, manakala Warisan Plus hanya 32 kerusi. PN dengan 17 kerusi, BN 14 dan PBS pula 7 kerusi DUN. Warisan pula dengan 29 kerusi, PKR 2 dan UPKO 2 kerusi. 3 lagi kerusi dimenangi calon Bebas.
Jadi perbezaan kerusi sebanyak 2, 4 dan 6 kerusi DUN di Johor, Kedah dan Sabah diantara blok PN dan PH, tidak menunjukkan bahawa kerajaan negeri PN akan tumbang, kecuali Bersatu Pusat mengumumkan keluar dari PN.
*Bagaimana jika ADUN UMNO Perak melompat ke Pakatan Harapan?*
Maka rakyat akan menghukum UMNO pada PRU 15. Dianggarkan 30 kerusi Parlimen UMNO akan beralih kepada PAS di kawasan Parlimen majoriti Melayu, walaupun pertandingan 3 penjuru dengan PKR. Penyokong UMNO pasti tidak mahu kerajaan bersama DAP.
*Ada yang cakap PAS kena main dengan Bersatu?*
Sape yang cakap tu, bukan pengkaji politik dan penganalisis politik yang jujur. Selalunya orang tu ialah pengikut Anwar. Orang yang cuba nak melagakan PAS, Bersatu dan UMNO dalam PN. Dan yang pasti orang tu masih belum kenal siapa itu PAS.
*Tapi kan Azmin tu orang PH dulu, orang kuat Anwar, anak angkat Tun M?*
PAS tahu semua tu. PAS tahu “game” Tun M masih “on” lagi. PAS parti paling lama menentang UMNO, PAS pun berasal dari UMNO. PAS dah masak sangat dengan kelicikan Tun M dalam politik.
*Habis PAS tak takut kena main dengan Tun M?*
In Sha Allah, PAS hanya takut pada Allah. Tun M buat lah apa pun, dari zaman Pak Lah, Tun cuba jatuhkan PAS Kelantan masa era TGNA pada PRU 2004. Allah masih bantu PAS dengan hanya 1 undi lebih dari BN. Alhamdulillah berkat pimpinan TGNA, tiada ADUN PAS yang melompat ke BN, sehinggalah PRU 2008, Pakatan Rakyat menang di Selangor dan Pulau Pinang sehinggalah kini.
*PAS tak takut Bersatu dapat banyak kerusi PRU 15?*
PAS pasti tidak akan beri Bersatu kerusi tradisi UMNO. PAS sanggup beri kerusi PAS, dari lihat PKR menang apabila UMNO dan Bersatu berebut kerusi. PAS bukan parti yang kemaruk kerusi. PRU 14 PAS hanya ada 18 kerusi, tapi undi PAS lebih tinggi dari PKR atau DAP.
*PAS tak takut Bersatu tinggalkan PN bila Azmin tak dapat jadi PM lepas PRU 15?*
PAS juga bukan gila nak jadikan TGHH PM9 atau PM10 sekali pun. Ada rezeki, ada lah. Takde rezeki pun, PAS tak meroyan. Kalau Bersatu tinggalkan PN lepas PRU 15, untuk naikkan Pakatan Harapan, UMNO dan PAS boleh fokus untuk PRU 16.
*Habis kalau PN jatuh, dan PH naik balik nanti, bukan ke Anwar akan jadi PM?*
PAS bukan parti yang suka main belakang, PAS difitnah merampas kuasa rakyat PRU 14, walhal PH yang tersilap langkah melantik Tun M jadi PM. Tun M pula letak jawatan, tanpa menamakan pengganti. Jelas Tun M masih memusuhi Anwar.
*Kalau Anwar jadi PM nanti, bukankah DAP mahu tukar sistem pilihanraya?*
Untuk PRU 16, PAS dijangka akan bersedia jika sistem baru berdasarkan bilangan undi dan bukan lagi majoriti mudah. Pada PRU 14, undi popular GS dan BN adalah melebihi hampir 2% atau 300 ribu undi dari jumlah undi Pakatan Harapan.
*PAS tak takut ke DAP keluarkan segala pengundi impot dari China masa PRU 16?*
PAS pun ada juga pengundi impot, dari Pantai Timur ke Lembah Kelang. Ingat rakyat Kelantan saja suka-suka berhijrah ke Lembah Kelang untuk cari rezeki sahaja? Dianggarkan lebih dari 1 juta rakyat Pantai Timur dari Kelantan, Terengganu dan Pahang bermastautin di Lembah Kelang. PAS mampu untuk memindahkan pengundi ke kawasan Parlimen yang berpotensi di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan untuk membantu pengundi PAS.
*Kalau Tun M berjaya haramkan UMNO lepas PRU 15?*
In Sha Allah, PAS masih ada untuk penyokong-penyokong UMNO. PAS berpolitik dalam kesabaran, 30 tahun PAS mentadbir Kelantan dengan rekod sifar rasuah, walaupun difitnah negeri miskin dan kotor serta tiada air. PAS semakin kukuh di Kelantan dan Terengganu, kerana rakyat telah melihat sendiri kebenaran.
*Macam mana PAS nak lawan Tun M dan Anwar sekaligus?*
Alhamdulillah PAS ada Gagasan Sejahtera bersama GPS Sarawak dan GRS Sabah. Dalam GS, PAS mempunyai sekurang-kurangnya 20 kerusi Parlimen dari Sarawak dan 10 kerusi Parlimen dari Sabah, berjumlah 30 kerusi Parlimen. PAS dijangka menyapu bersih 14 kerusi Parlimen di Kelantan, semua 8 kerusi Parlimen di Terengganu dan di Kedah sebanyak 5 kerusi Parlimen, 5 kerusi Parlimen di Pahang dan 3 kerusi Parlimen di Perak berjumlah 36 kerusi Parlimen PRU 15. 66 kerusi Parlimen dijangka diperoleh oleh Gagasan Sejahtera. Belum termasuk kerusi BN dan Bersatu.
*Kenapa PAS ambil risiko bersama Bersatu dalam PN?*
Prinsip PAS ialah negara tanpa DAP. Bersatu tidak bersama DAP. Jika PKR sanggup tinggalkan DAP, PAS pasti terima dengan hati terbuka. PAS pernah bekerjasama dengan Anwar ketika era TGNA dalam Pakatan Rakyat. Sebaliknya, jika PAS meninggalkan Bersatu, maka PN akan jatuh, dan Anwar berpeluang membentuk kerajaan bersama DAP.
*Apa guna PN menang PRU 15, jika Bersatu akan keluar untuk jatuhkan PN?*
PAS tidak akan benarkan Bersatu memenangi lebih dari 30 kerusi Parlimen pada PRU 15. Dijangka Bersatu memperoleh sekitar 20 kerusi Parlimen sahaja, jika kerjasama PAS dan UMNO berjalan lancar sebelum PRU 15. PN dijangka memperolehi sekitar 150 kerusi Parlimen pada PRU 15, dari UMNO 40, PAS 36, Bersatu 20, GPS 20, GRS 10, MCA 7, MIC 2 dan Bebas 1. Jika Bersatu membawa keluar 30 Ahli Parlimen selepas PRU 15, PN masih ada 120 kerusi Parlimen untuk mengekalkan kerajaan PN.
*BN masih tidak mahu sertai PN secara rasmi?*
BN telah memberi komitmen tidak akan bertembung kerusi dengan PN pada PRU 15 nanti. BN masih ragu-ragu dengan keikhlasan Bersatu. PAS harus bijak bertindak sebagai orang tengah untuk mendamaikan UMNO dan Bersatu.
*PKR dakwa Azmin masih orang Tun M untuk kuburkan UMNO?*
PKR boleh meresahkan UMNO dengan serangan sebegitu, kerana dalam UMNO sendiri terdapat kem Najib, kem Zahid, kem Hishamuddin, kem Ku Li, malah kem Anwar juga. UMNO telah berpecah sejak dijatuhkan pada PRU 14. Tetapi PKR tidak boleh meresahkan kem PAS yang semakin kukuh dan bersatu di bawah pimpinan TGHH. Jadi PAS yang akan bertindak sebagai pelindung UMNO dari terus diserang kem Tun M.
*Apa misi PAS sebenarnya?*
Misi dan fokus PAS ialah DAP. Siapa sahaja bersama DAP, ialah musuh kepada PAS. Tetapi jika DAP ditinggalkan, PAS tidak ragu untuk menerima mereka. PAS boleh memberi laluan kepada MCA atau MIC, tetapi tidak sekali-kali kepada DAP. PAS tahu dibelakang DAP ialah PAP, dan dibelakang PAP ialah kerajaan Singapura, dan dibelakang Singapura ialah Amerika, dan dibelakang Amerika ialah Yahudi, dan dibelakang Yahudi ialah Illuminati yang telah memusuhi Islam di seluruh dunia.
*Benarkah Illuminati wujud?*
PAS tidak akan sekali-kali menyerah kepada Illuminati yang kini telah berjaya menguasai dunia Arab, sehingga negara Arab Saudi, UAE, Kuwait, Oman, Bahrain, Lebanon dan Qatar, yang pro Amerika, kini telah terpedaya untuk mengiktiraf kedaulatan negara haram Israel. Hanya negara Syria, Mesir, Lubnan, Iraq, Afghanistan, Turki dan Iran sahaja yang masih bertahan, walaupun hampir musnah diperlakukan Amerika. Kini produk Israel telah memasuki negara Arab yang pro Amerika.
*Apa kena mengena Arab dan Malaysia?*
Selepas Islam di negara Timur Tengah diperkotak katikkan, negara yang pro Amerika akan menjadi maju seperti kota Abu Dhabi di Arab Saudi, Dubai di UAE dan Doha di Qatar, Salalah di Oman dan kota Beirut di Lebanon yang bakal menjadi kota termewah dunia mengatasi New York, Paris, London, Hong Kong, Los Angeles, Seoul atau Sydney. Malah di Jeddah pula sedang dibina menara tinjau Kingdom Tower melebihi 1km tinggi yang akan mengatasi bangunan tertinggi dunia, iaitu Burj Khalifa di Dubai setinggi 800 meter. Manakala negara yang tidak mahu mengikut telunjuk Amerika, akan dihancurkan. Dan tidak mustahil pengaruh Amerika akan sampai ke Malaysia.
*Anwar tu kan pro Amerika? PAS tak takut?*
Selagi jawatan PM, TPM, Menteri Pertahanan atau Menteri Kewangan Malaysia bukan dijawat oleh DAP, in sha Allah bumi Malaysia masih selamat. Setakat Anwar sorang tanpa DAP, Amerika takkan mampu meletakkan bonekanya di Malaysia. Walaupun Anwar Ahli Parlimen Port Dickson, Amerika takkan mampu membina pengkalan tenteranya di Port Dickson tanpa boneka dalam jawatan Menteri Kanan Kerajaan Persekutuan.
*Apa bukti DAP pro Amerika?*
LGE dan LKS memang tak berkawan dengan Al Gore, Paul Wolfowitz, Madeline Albright atau William Cohen seperti Anwar, tetapi DAP dan PAP adalah satu rumpun, dan PAP di Singapura telah membenarkan pengkalan tentera Singapura untuk digunakan oleh Amerika pada bila-bila masa sekurang-kurangnya sehingga tahun 2035, berdasarkan AMOU 2019 yang meminda MOU 1990 30 tahun oleh PM Singapura Lee Kuan Yew yang akan tamat pada 2020.
*Apa bukti DAP ada kaitan dengan PAP Singapura*
Pada April 2020, PH negeri Perak dibawah MB Bersatu yang dikuasai ADUN DAP dan Menteri Kewangan DAP Lim Guan Eng ketika itu, telah berjaya menjual sebuah ladang kelapa sawit seluas 15,000 hektar milik kerajaan negeri PPPNP Perak yang dimiliki sejak tahun 1995, kepada sebuah syarikat yang berpengkalan di Singapura iaitu Taiko Plantations Pte, Ltd, dengan harga RM341 juta secara rundingan terus tanpa tender. Masalahnya harga tersebut dinilai amat rendah, kerana harga sawit yang rendah ketika itu, walhal nilai sebenar ladang tersebut mencecah lebih RM1 billion. Setelah dijual, harga sawit dunia melambung kepada RM3,400 satu tan.
*So what America and Singapore berkawan?*
Kalau ko nak jadikan Malaysia senasib dengan negara Timur Tengah, yang dipaksa mengiktiraf negara haram Israel, dipaksa membuat hubungan diplomatik, dan dipaksa pula menerima segala produk dari Israel, bukan ke satu tindakan bodoh untuk terus menyokong DAP di Malaysia?
*Betul ke Arab Saudi tu boneka Amerika dan Brisith?*
Sama seperti yang berlaku di Singapura, British telah mengambil kesempatan atas perpecahan diantara keluarga Di Raja Arab. Perebutan kuasa antara golongan Ibn Saud dan golongan Rashidi bermula pada tahun 1912 di Nejd, 1922 penguasaan golongan Rashidi ditamatkan, dan 1926 hingga Ibn Saud ditabalkan sebagai Raja Hijaz di Makkah. Pada tahun 1932, Ibn Saud menamakan tanah gabungan Hijaz dan Nejd sebagai Arab Saudi dengan sokongan British. Pada tahun 1938, petroleum ditemui di Arab Saudi dan syarikat dari Barat diberikan kebenaran. Perang Dunia Kedua, Arab Saudi bersikap “neutral” dan berkecuali, tetapi lebih memihak kepada Tentera Bersekutu iaitu Amerika, Britain dan lain-lain negara.
*Arab Saudi kan ada Hudud, ada Makkah kota suci Islam, apa masalah derang sebenarnya?*
Begitulah liciknya Yahudi menggunakan British dan Amerika untuk memecah belahkan negara Islam. Mereka sentiasa menunggu saat perpecahan umat Islam, sambil menyokong boneka yang mereka lantik. Setelah boneka mereka berjaya menguasai sesuatu negara, maka negara tersebut akan diubah menjadi seperti negara Barat sedikit demi sedikit kononnya atas nama kemajuan.
*Betul ke Arab Saudi ni Wahabi?*
Perkataan atau istilah Wahabi diasaskan oleh Yahudi dari British. Sebelum British memberi gelaran Wahabi untuk memecah belahkan Islam, mereka sebenarnya adalah golongan Salafi, Salafiah atau Muhawidun, yang menurut Imam Hanbali dalam bab Feqah, iaitu sebahagian dalam mazhab ASWJ. Tetapi dalam bab Aqidah, mereka berpegang kepada fahaman tafsiran Ibn Taymiyyah, seterusnya dianggap penerusan kepada fahaman Wahabi yang berakidah Tajsim sebelum beliau bertaubat. Fahaman Wahabi ini kemudiannya menjadi Dominan di negara Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria dan lain-lain.
*Apa masalahnya dengan Wahabi? Sesat atau silap?*
Bukan masalah samada Wahabi ni tersesat atau tersilap, tapi yang menjadi masalah besarnya, disebabkan fahaman Wahabi ini, umat Islam telah berpecah. Buktinya telah amat jelas seperti yang telah berlaku di negara Timur Tengah. Kerana itu di Malaysia, fatwa melarang sebaran ajaran Wahabi telah dikeluarkan, walaupun masih tiada fatwa bahawa fahaman Wahabi adalah sesat. Mengapa umat Islam tidak mahu belajar dari apa yang berlaku di Timur Tengah? Mengapa kebanyakan golongan fahaman Wahabi gemar melawan Ijma’ Ulama dan Qiyas dalam Ahlul Sunnah Wal Jamaah? Mengapa golongan Wahabi gemar mengadu domba, serta menghasut orang awam untuk mempertikai amalan umat Islam yang tidak menyentuh bab Akidah pun? Disinilah timbul masalah sikap penganut fahaman Wahabi yang akhirnya akan memecah belahkan umat Islam. Adakah logik jika sebilangan kecil umat Islam iaitu Wahabi mendakwa mereka adalah benar, manakala majoriti umat Islam Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang lain pula yang sesat?
*Habis apa kena mengena Wahabi dengan Azmin?*
Baik Azmin, Mat Sabu, Anwar, Tun M, Zahid atau Najib sekali pun, tak kisahlah nak jadi Wahabi ke Syiah. Jangan sesekali berpecah belah, hanya kerana bangsa lain. Jangan hanya kerana tamakkan jawatan, sanggup meminta tolong dan bekerjasama dengan kafir. Sedangkan Allah melarang keras dalam Al Quran supaya jangan mengangkat kafir menjadi pemimpin umat Islam, lebih daripada larangan tentang arak dan khinzir. Ikutlah Sunnah bagaimana Nabi Muhammad S.A.W melayan munafik pertama Islam Abdullah bin Ubay, yang diberi layanan sama rata oleh Rasulullah S.A.W, walaupun Baginda S.A.W tahu akan kemunafikannya. Bahkan semasa Abdullah bin Ubay meninggal dunia, Rasulullah S.A.W bergegas untuk memimpin solat jenazah Abdullah bin Ubay, disamping sanggup memberi baju Baginda S.A.W untuk dijadikan kain kafan Abdullah bin Ubay. Walaupun ditegur Sayyidina Umar r.a, Rasulullah S.A.W tetap melakukannya, bertujuan untuk berdakwah kepada umat Islam yang lain. Akan tetapi itu merupakan kali terakhir Rasulullah S.A.W mendoakan serta solat jenazah kepada orang munafik, kerana ditegur Allah dalam Al Quran.
*PAS kini pro Azmin? Azmin kan pro Tun M?*
Janganlah kita sesama Islam berpecah belah, kalau nak sangat jadi Wahabi pun, tak perlulah hasut orang lain, begitu juga dengan Syiah. Belajarlah dari kesilapan bangsa Arab yang berpecah dan berebut kuasa, hingga akhirnya menjadi boneka kepada musuh Islam, walaupun berserban dan berjubah. Janganlah hanya kerana takut negara dihancurkan Amerika, maka kita berpecah dan terperangkap dengan agenda jahat mereka. Biarlah negara hancur, tetapi jangan sesekali Aqidah kita juga hancur, biar putih tulang, jangan putih mata. Selepas benua Islam di Semenanjung Arab Timur Tengah telah berjaya mereka jatuhkan, kini tinggal Islam di Asia Tenggara Malaysia, Indonesia dan Brunei yang masih berpegang teguh kepada ASWJ. Tidak mustahil jika kita tersilap percaturan politik, maka sang Dajjal Amerika akan bertapak di negara kita, Na’uzubillahiminzalik. Wallahua’lam. In Sha Allah. Allahu Akbar!
@MalayanCyberForces
In Shaa Allah.
Assalamualaikum.
Selamat hari gatal dan tahun garu. In shaa Allah.
Alhamdullilah.
Alhamdullilah.
In shaa Allah.
Assalamualaikum.
Join Group WhatsApp.
Buat apa Malaysia maju kalau yang maju bukan orang Melayu. In Shaa Allah.
Astarfirullah.
Just another blog by BawangGarang.
A blog by BawangGarang.
Alhamdullilah.
Assalamualaikum.
Kita halau dap dari Malaysia. In shaa Allah.
Alhamdullilah.
Alhamdullilah.
Helping Gaza without stopping Israel is not enough to bring peace to Palestine. Israel must koyak and the problem is solved. In Shaa Allah.
Alhamdullilah.
Alhamdullilah.